Kedudukan Tali Keledar Bahagian Pinggul dan Tali Kangkang

Bahagian penting dalam sebuah kerusi keselamatan kanak-kanak adalah sistem tali keledarnya.

Sebuah kerusi keselamatan hadap-belakang mempunyai sistem pengurusan tenaga yang tertumpu pada rangka kerusi keselamatan. Ketika perlanggaran dari depan, seorang kanak-kanak akan ditekan ke rangka kerusi keselamatan dan tenaga dari impak perlanggaran tersebut akan disebarkan pada rangka kerusi, menyelamatkan kepala, leher dan tulang belakang kanak-kanak tersebut. Tali keledar pada orientasi ini lebih berfungsi untuk memegang kanak-kanak tersebut dari terkeluar.

Tetapi bagi sebuah kerusi keselamatan hadap-depan, sistem keledar adalah peranti yang akan menyebarkan keseluruhan tenaga impak ke kawasan yang diliputi tali keledar lalu mengurangkan kecederaan. Ia juga akan menahan anak anda dari tercampak keluar semasa perlanggaran. Kedudukan tali keledar bahagian pinggul (lap strap) adalah penting dalam orientasi ini kerana kerusi keselamatan direka supaya menahan anak pada bahagian badannya yang kuat, iaitu pada tulang rangka dada dan tulang pelvis (pinggul).

Crotch Strap Position

Perhatikan rajah kiri (Fig. 1) dengan tali keledar berwarna hitam. Kesesuaian terbaik adalah apabila tali keledar bahagian pinggul terletak elok di pelvis/pinggul anak (hip line).

Tetapi, apabila tali kangkang (crotch strap) terlalu panjang hingga menyebabkan pengancing (buckle) naik ke bahagian perut, tali keledar bahagian pinggul (lap strap) akan turut ternaik ke bahagian pinggang (waist line) dan bukan di tempat sepatutnya (sila rujuk rajah kanan Fig. 2, dengan tali berwarna merah). Walaupun kedudukan hanya berbeza beberapa sentimeter, dalam orientasi hadap-depan, ianya membahayakan kerana kuasa impak akan tertumpu di bahagian lembut sekitar pinggang-perut dan bukan pada tulang pinggul/pelvis anak yang lebih kuat seperti sepatutnya.

Adakah kerusi keselamatan anak anda bersesuaian dengan fizikal anak anda ketika ini? Adakah terdapat ruang untuk membaikpulih sebarang kesalahan yang melanggar piawaian ini?

Hubungi kami jika anda ragu-ragu tentang keselamatan anak anda!

To read this article in English, please click here.

Leave a comment