Mencuci Kenderaan Anda

Bulan lepas kami sudah menceritakan tentang persediaan untuk membasuh kenderaan. Kali ini, segmen #VehicleMaintenance akan menyambung perbincangan dengan tatacara pencucian kenderaan yang baik. Mencuci Bahagian Luar Kenderaan 1. Pastikan semua barang dan bahan yang diperlukan diletakkan berhampiran kenderaan. Ini termasuk bahan pencuci: sabun basuh kereta, bekalan air bergantung kepada saiz kenderaan, baldi, kain mencuci, span, … Continue reading Mencuci Kenderaan Anda

Sedia untuk membasuh kereta?

Membasuh kereta di rumah boleh menjadi senaman yang baik dan aktiviti yang menyeronokkan bukan hanya untuk anda tetapi juga anak-anak. Ia boleh menjimatkan wang yang akan dibelanjakan untuk membasuh kereta, dan membolehkan anda memberi perhatian yang lebih kepada kawasan kotor kenderaan anda. Memilih untuk mencuci kereta secara komersial, walau bagaimanapun, dapat menjimatkan masa dan tenaga. … Continue reading Sedia untuk membasuh kereta?

Kunci Keselamatan Kanak-Kanak

Kunci Keselamatan Kanak-Kanak Pada Pintu Kereta Kunci keselamatan kanak-kanak dibina di pintu belakang kebanyakan kereta untuk mencegah penumpang kerusi belakang, terutamanya kanak-kanak kecil, dari membuka pintu semasa transit mahu pun semasa kenderaan itu bergerak. Kebanyakan kenderaan telah dibina dengan ciri ini sejak awal tahun 1980-an. Kunci kanak-kanak memberikan pemandu kenderaan satu kaedah yang mudah, selamat … Continue reading Kunci Keselamatan Kanak-Kanak

Beg Udara

Beg udara adalah sejenis alat keselamatan kenderaan dan merupakan sistem kekangan tambahan (supplemental restraint system, SRS) atau kekangan tambahan boleh-kembung (supplementary inflatable restraint, SIR). Perkataan "tambahan" bermaksud bahawa beg udara direka sebagai tambahan untuk membantu tali pinggang keledar melindungi pengguna di dalam kenderaan dan bukan menggantikan tali pinggang keledar. Meletakkan kebergantungan kepada beg udara sebagai … Continue reading Beg Udara

Tambatan Atas ISOFIX

Tambatan Atas ISOFIX Mengikut piawaian ECE R44/04, perenggan 2.14.5 menyatakan bahawa "tambatan atas ISOFIX" bermaksud: ✎ Ciri pada kenderaan seperti cangkuk berbentuk bar ✎ Terletak di bahagian yang ditetapkan ✎ Direka untuk menerima cangkuk tali tambatan ISOFIX (pada kerusi keselamatan kanak-kanak) dan memindahkan daya impak kepada struktur kenderaan. Tambatan atas ISOFIX adakalanya perlu digunakan bersama-sama … Continue reading Tambatan Atas ISOFIX

Laluan Tali Pinggang Keledar Yang Salah

Sepanjang kami menjalankan program pemeriksaan kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS), kami telah melihat pelbagai kesalahan laluan tali pinggang keledar. Kesalahan laluan tali pinggang keledar yang banyak dilakukan semasa pemasangan CRS piawaian UNECE adalah ketika memasang CRS dengan orientasi hadap-belakang yang mana tali keledar bahagian bahu perlu dilalukan di belakang CRS. Kebanyakan ibubapa keliru … Continue reading Laluan Tali Pinggang Keledar Yang Salah