Apakah persamaan antara mainan anak anda dengan kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS)?
Kadar kebolehserapan bahan beracun di dalam pembuatannya!
Pengilang CRS perlu mengisytiharkan dalam bentuk bertulis bahawa kadar ketoksikan bahan yang digunakan pada CRS yang akan bersentuhan dengan kanak-kanak (terutamanya alas & tali keledar) adalah dalam kadar yang bersesuaian dengan garis panduan CEN Safety of Toys, Bahagian 3 (June 1982).
Piawai yang jatuh di bawah perenggan 6.1.5 dalam UNECE R44/04 ini, tidak termaktub ke atas CRS kumpulan II dan III.

Beberapa contoh unsur yang dianggap toksik adalah antimoni, arsenik, barium, kadmium, plumbum, merkuri, & selenium. Kesan-kesan pendedahan berlebihan kepada unsur-unsur ini adalah seperti kesan buruk kepada tumbesaran kanak-kanak, gangguan dalam sistem hormon dan juga boleh menyebabkan kanser.
Jadi, jika alas asal yang datang dengan CRS anak anda sudah selamat kerana ianya mengikuti peraturan ini, mengapa anda mahu menggunakan aksesori tambahan yang tidak diluluskan oleh pengilang/pengeluar CRS?
One thought on “R44/04 Klausa 6.1.5: Ketoksikan Bahan”