Tali pinggang 3-penjuru dikenali sebagai tali pinggang keledar universal yang digunakan secara meluas oleh hampir semua kenderaan pada masa kini. Ia dicipta oleh jurutera Volvo, Nils Bohlin pada tahun 1959.
Ciptaan ini menawarkan lebih nilai sebagai alat penyelamat nyawa yang percuma, menyelamatkan lebih banyak nyawa berbanding keuntungan korporat; menyebabkan Volvo melepaskan paten ciptaan produk mereka yang terpenting pada waktu itu, membolehkan ianya dipasang di mana-mana kenderaan walaupun dikeluarkan oleh pengeluar kenderaan yang berbeza.
Tali pinggang 3-penjuru adalah alat keselamatan kenderaan, dibina dalam konfigurasi berbentuk ‘Y’ yang merentasi pinggang dan bahu pemakai, direka untuk menahan/mengekang penumpang kenderaan dan menyebarkan tenaga badan bergerak ke atas dada, pelvis, dan bahu semasa perlanggaran berlaku atau sewaktu kenderaan tiba-tiba berhenti / nyahpecut.
Kita harus berterima kasih kepada Nils Bohlin dan Volvo kerana ciptaan ini terus melindungi berjuta-juta orang dari kematian dan/atau kecederaan serius dalam kemalangan kereta setiap tahun, terutamanya jika kita pernah terlibat dalam kemalangan kereta.
Sumber
1. Borroz, T. (2017, June 04). Strapping Success: The 3-Point Seatbelt Turns 50. Retrieved April 23, 2018, from https://www.wired.com/2009/08/strapping-success-the-3-point-seatbelt-turns-50/
2. George, P. (2013, August 08). Volvo Gave Away Their Most Important Invention To Save Lives. Retrieved April 23, 2018, from https://jalopnik.com/volvo-gave-away-their-most-important-invention-to-save-1069825878